MyHealth 4 U

MyHealth 4 U merupakan Kedai online rasmi kepada syarikat My Health Dot Com (002001269-A) yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 12 Dec 2010. My Health 4 U menyediakan pelbagai produk kesihatan dan juga kosmetik yang terbaik untuk pelanggan .hanya yang terbaik dari kami untuk anda adalah matlamat membawakan produk yang berkualiti untuk kesihatan bersama. Ur Health We Care adalah Visi kami utk pelanggan yang banyak memberikan sokongan kepada tertubuhnya My health 4 u .

Produk kesihatan Worldwellness, Hr Marketing Susu kambing, Beauty Umairah,1001 Umar, Kosmetik Ronasutra, SimplySiti Semua Dihujung Jari Anda

MAYBANK AKAUN
106173049591
tengku asmadi ku din

Cimb bank

14081253524529

p/s:

Penghantaran barang (charge courier)di kenakan sebanyak RM10 .Untuk kawasan semenanjung malaysia dan RM15 untuk Sabah Sarawak. (Penghantaran di jamin esok sampai!!)

UTK MEMUDAHKAN PEMBELIAN ANDA,MENEMPAH TEMPAHAN PRODUK MELALUI CALL ATAU TERUS SMS KE 013 - 2520705 (asmadi).

Boleh Juga emailkan sebarang pertanyaan mengenai Produk ke email myhealth4u@gmail.com

Pelawat Terkini

::Jom Borak Produk::

6.2.11

SET BERSALIN IBU HALIMAH /RM350


Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat Melayu. Amalan tersebut sangat dititikberatkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi
 Jamu Mak Dara (Serbuk) 

 Jamu Mak Dara (Kapsul) 
 Losyen Param Ibu Halimah 
 Pilis 
 Bedak Sejuk  
 Rempah Mandi
 Bengkung   
 Tungku Kukus Herba


Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan and petua di dalam pantang

Jamu Mak Dara Gold/RM49





Produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu mengurangkan masalah-masalah seperti yang selalu dialami oleh wanita dari pelbagai peringkat umur. Ia merupakan satu produk herba yang menggabungkan warisan sezaman, teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Khasiat produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem
tubuh.

Selain itu Jamu Mak Dara Gold juga dapat mengurangkan ketegangan sendi dan otot, sengal-sengal badan malah ia baik untuk mereka yang menghidap Arthritis.

Produk Jamu Mak Dara Gold merupakan pemakanan tambahan yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita. Kecantikan dalaman wanita adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan kesihatan dalaman itu dapat dilihat sehingga terpancar menampakkan kecantikan tubuh. Jamu Mak Dara Gold bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk merangsang gaya hidup sihat dan aktif apabila digunakan secara berkala dan konsisten berserta pemakanan seimbang dan senaman ringan

Boleh didapati di dalam bentuk serbuk dan juga kapsul.

Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:-
1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.

2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.

3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.

4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini.

5. Memberi Tenaga 
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.

6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah.

7. Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.

8. Membakar lemak berlebihan
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.

9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang ti- dak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.

10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.

11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.

12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.

13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan.


Jamu Almira/RM45

Jamu Almira adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk tubuh.

Kami percaya pemakanan tambahan adalah perlu untuk kesihatan dan kenikmatan hidup sempurna yang berkekalan. Jamu Almira bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk memberi kesan yang terbaik apabila digunakan secara berkala dan konsisten seperti yang dicadangkan.

Almira dapat :
 Mengatasi masalah keputihan
 Memberi tenaga          
Membuang toksik dalam badan
 Memperbaiki sistem kitaran haid
 Membakar lemak berlebihan
 Membuang angin
 Mengurangkan masalah bau badan
 Mengatasi masalah kemaluan berbau
 Mengurangkan senggugut
 Rahsia untuk kekal Awet Muda

Selain itu Jamu Almira juga amat bagus untuk kebaikan dan kesihatan luar dan dalam anak gadis remaja.




Jamu Virgo For Men/RM45


Jamu Vigor For Men, telah diamalkan dari satu generasi ke satu generasi. Dihasilkan dari ramuan terbaik herba hutan hujan Malaysia untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna dan kecergasan yang maksima sepanjang hari. Sesuai bagi lelaki yang mementingkan kesihatan yang sempuna luar dan dalam, malah mementingkan kesejahteraan dan kebahagian suami isteri. Amalkan pengambilan Jamu Vigor for Men untuk kekal muda dan kesihatan yang sejahtera.
Di antara kebaikan Jamu Vigor For Men :

Lemah Syahwat 
Jamu Vigor for Men membantu meningkat libido lelaki dan membantu peningkatan hormone testosteronelelaki yang meningkatkan tahap seksual kaum lelaki.


Stamina
Jamu Vigor for Men membantu memulihkan tenaga yang hilang untuk kecergasan sepanjang hari.


Ketagihan Rokok
Selain itu, Jamu Vigor for Men juga membantu kaum Adam untuk mengurangkan ketagihan merokok kerana bahan-bahan herba yang aktif dapat menyingkirkan kesan nikotin, juga membantu perokok yang ingin berhenti serta mempercepatkan proses pemulihan.


Bentuk Tubuh
Jamu Vigor for Men juga dapat membuang toksik dalam badan sekaligus menyingkirkan lemak-lemak berlebihan dalam sistem tubuh. Ia secara tidak langsung dapat membantu mengawal dan menurunkan berat badan serta memperkemaskan bentuk tubuh.





5 comments:

  1. angah selalu dengar jamu mak dara ok tak penggunaannya..????

    ReplyDelete
  2. Angah...
    alhamdulillah customer kasi feedback yg sgt baik ..

    Ammboi ..nape tu ngan mak dara ..jom try utk lelaki dan wanita pun ada ;)

    ReplyDelete
  3. sy mmg pengguna jamu mak dara sjak 3 tahun lepas..mmg x blh lepaskan mak dara kerana mmg terbukti power........

    ReplyDelete
  4. terima kasih Fieda..produk yg baik utk kesihatan harus kita amalkan selalu kan ..;) tahniah utk Fieda ~

    ReplyDelete